Khamis, 22 April 2010

19Apr2010 4.00pm- Hari ini adalah hari bersejarah bagi Proton kerana menyambut ulangtahun ke 25, tahniah di ucapkan kepada Dato Syed Zainal kerana memberi speech yang benar benar bermakna dan bersemangat untuk warga emas seperti aku ni untuk meneruskan pencapaian yang lebih baik demi meneruskan projek 1st Nasional Car negara kita.

Mengenang kembali tahun 1982 selepas aku menamatkan zaman persekolahan dan memulakan kerja di sebuah kilang electric boards di Kinrara Puchong Selangor (sementara menunggu keputusan peperiksaan). Selepas 3 bulan bekerja di situ aku mendapat tawaran ke Jepun dari kerajaan Malaysia di bawah kelolaan JPA, sebelum itu aku diminta mengikuti kursus bahasa Jepun terlebih dahulu bagi melayakkan aku ke sana. Jika gagal tawaran aku akan di batalkan.

Dengan hati yang gembira bercampur gusar aku menunjukkan surat tawaran terlebih dahulu kepada ibubapa ku. Mereka begitu sangat terharu dan tidak menyangka dan aku sendiri tidak menyangka aku terpilih untuk di hantar ke Jepun, pada masa itu aku masih kelam apakah tujuan aku dihantar.

Di tempat kerja sewaktu rehat aku berjumpa dengan Mr Tan Manager, memaklumkan aku ingin meletak jawatan di akhir bulan kerana mendapat tawaran tersebut. Mr Tan menasihatkan aku supaya tidak membuat surat meletak jawatan sebaliknya cuti tanpa gaji. Sekiranya aku gagal dalam ujian nanti beliau dengan senang hati akan menerima aku semula bekerja. Di samping itu dia mengucapkan selamat berjaya.

Pada zaman itu dalam keluarga ku atau dalam kawasan kejiranan ku belum ada seorang pun yang pergi ke luar negeri samada untuk belajar ataupun berkursus, maklum lah kami ni adalah anak anak pelombong bijih timah di Air Hitam Tin sekarang dah bertukar Putra Perdana. Jadi aku berasa sangat terkejut dan serba kekurangan di dalam hal sedemikian. Bagaimana pun kebimbangan ku hilang apabila semasa urusan pendaftaran terdapat ramai rakan rakan sekolah ku turut di tawarkan antaranya ialah Mustapa Kamal, Yusri, Ramli, Shamsul, Rasidi, Rosnan, Basir, Yusof dan Rahim. Dengan berkat doa ibu dan bapa ku, aku telah berjaya mengikuti kursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Wisma Belia Kuala Lumpur dan menjadi murid kedua terbaik. Segala nya di tanggung olih kerajaan di segi tempat tinggal, makan minum dan kenderaan ke kelas.
Dari kiri atas Yusri, Sufian, Talib, Ramli, Azhar, Shamsul dan Kamal
Dari kiri bawah Rasidi, Aku dan Basir.


Selepas tamat mengikuti kursus baru lah aku tahu tujuan kami di hantar ke Jepun, kami di hantar atas dasar LookEast Policy yang di ideakan oleh mantan Perdana Menteri kita yaitu YB Tun Sri Dr Mahathir Mohamad. Kami di hantar ke Mitzushima Jepun yaitu di kilang Mitshubisi yang pada masa itu membuat kereta Lancer. Pada masa kami berkursus kami belum tahu lagi apakah sebenarnya rancangan Dr Mahathir sehinggalah selepas 8 bulan kami berkursus baru lah kami tahu yang Malaysia akan mencipta sejarah membuat kereta Nasional sendiri yang di namakan PROTON. Sepanjang berkursus di sana banyak pengalaman yang di lalui diantaranya:

1. Orang Jepun tidak tahu di mana letaknya Malaysia, sedangkan jika dilihat didalam peta dunia, Singapura yang hanyalah sebesar duit 50sen di bandingkan dengan Malaysia sebesar note RM10 dikenali olih mereka. Sedih juga pada masa tu, di tambah soalan adakah kita masih berumah diatas pokok. Dengan ini aku ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Mahathir kerana telah memperkanalkan Malaysia di mata dunia. Dari beliau jugalah ujud track Sepang F1, Multi media corridoraya, KLCC, KL Tower, Airport tercipta. Adakah orang memperkatakan lagi semua itu membazir ??? Tidak sama sekali, itulah menunjukkan betapa cetek nya pengetahuan untuk kemajuan yang patut alami sekarang ini. Beliau adalah PM yang terbaik di antara PM yang ada, bukan PM sebelum atau sekarang tidak bagus tetapi antara terbaik. Bagi saya jika ada pingat the best PM maka beliau lah yang paling layak menerima nya. Terima kasih dari ku sekeluarga Dr Mahathir, anak anak ku semua telah ku terapkan berfikir lah secara Dr Mahathir, selesaikan segala isu mengikut cara Dr Mahathir, berpengetahuan lah seperti Dr Mahathir. Beliau adalah seorang yang kuat study, beliau akan study dahulu sbelum sesuatu hendak di buat atau hendak di nyata. Tidak ada orang yang akan bosan semasa pembentangan budget di bacakan olih. Sebaliknya orang akan kusyuk akan bacaan beliau. Semoga Allah memberi pembalasan yang setimpal kerana engkau telah menjalankan amanat yang telah rakyat harapkan... Amin.

2. Orang Jepun sangat ramah dan suka berkenalan atau mungkin ingin lebih tahu, tak kira lah dari budak kecil hinggalah orang tua. Bagi mereka itu adalah satu kebanggaan kerana orang asing datang ke negara mereka.

Bergambar di ladang apple siap berkepit dengan anak pengusaha ladang tu lagi.


3. Aku dan rakan rakan sangat seronok pada masa tersebut tambahan pula kami di beri elaun sebanyak RM320 dimana makan dan tempat tinggal disediakan. Untuk mendapat lebih kewangan kami akan "pangkah" makan malam, dengan itu kami akan dibayar apabila cukup bulan. Kami sorok sorok memasak makanan malam, tetapi saya pasti penjaga tempat tinggal kami tahu kami memasak dalam bilek.

Makan di dewan makan.
Curi makan dalam bilek.














4. Routine harian kami adalah pergi kilang Mitshubisi, on job training dengan pekerja Mitshubisi, pada masa kami belajar mereka tidak kedekut ilmu berbanding sekarang. Apa saja yang kami ingin tahu akan di jelaskan dari A ke Z, tetapi tidak sekarang adalah terlalu sukar. Saya kesihan dengan rakan rakan yang mengikuti program MOJAICO baru baru ini mendapat kesukaran untuk mengetahui sesuatu, kalau pandai bodek barulah lepas itu pun secara curi. Saya berpendapat ini berpunca dari kita juga. Dulu Mitshubisi ada saham didalam PROTON tetapi mengapa tidak sekarang, fikir fikir kan lah. Ada orang yang telah membuang Mitshubisi kononnya kita sudah mampu mencipta kereta sendiri tanpa bantuan mereka. Inilah rakyat Malaysia, bukan sekadar habis madu sepah di buang tetapi ingin menjadi anak murid yang memijak kepala guru.

5. Pada masa tersebut rate currency adalah RM1 dan Yen100 maknanya 1:1, semua barangan adalah murah, dengan hasil simpananku dapatlah aku membeli camera, TV warna (masa tu Malaysia kebanyakannya hitam putih), karaoke set (jenis mobile speaker set), masa tu mana ada handphoneke, thumb drive ke DVD recorder ke kan.

6. Pada hari weekend kami di bawa olih cikgu cikgu kami ke merata tempat secara bergilir gilir. Perbelanjaan semua di tanggung olih mereka, bermain ski, naik roller coaster dan lepak di atas gunung dengan berkaraoke. Aku dimaklumkan orang Jepun tidak berapa suka membawa orang balik ke rumah, tetapi tidak bagi kami. Kami di di jemput kerumah mereka dan berkenalan dengan keluarga mereka. Sedikit sebanyak hilang juga rasa rindu keluarga di kampung.
.
7. Setelah tamat kursus kami di raikan, sebak semua cikgu cikgu dan penjaga asrama. Apakan daya masa perpisahan telah pun sampai. Ada di antara cikgu kami secara individu membawa kami shopping di saat terakhir untuk di bekalkan kepada ibu dan bapa ku, ibuku di belikan mutiara yang mahal juga harganya di mana bapa ku di berikan jam tangan Seiko. Begitu lah orang Jepun, mereka sangat menyukai kami. Mungkin di kalangan kami pada masa itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 19 tahun maka mereka menganggap kami anak.
.
8. Rakyat Jepun adalah rakyat yang berdisiplin. Saya tidak lihat pemandu memotong barisan, tetapi memandu melebehi had tu adalah lebih 10 ~ 20kmh. Setiap kali masuk simpang atau berhenti isyarat kiri atau kanan tak pernah lupa. Berbanding rakyat negara kita sampai sekarang pun nak berhenti ke, nak masuk keluar simpang ker ikut suka mak bapak dia orang jer. Tak ke memberi isyarat tu satu sedekah.

9. Mereka memang kuat merokok tetapi mereka tidak buang habuk dan puntung merata rata, mereka ada mini ash tray mereka sendiri yang disimpan di dalam poket jika tiada tempat habuk rokok di sediakan.

10. Talipon awan tak da yang rosak, semuanya bolih digunakan bila bila masa sahaja, tempat kita you know what they did last time.

11. Sungai mereka sangat bersih sehinggakan bolih di jadikan tempat riadah pulak, tempat kita bolih di jadikan temapt buang sampah.

12. Bermacam lagi lah kalau nak cerita perbezaan Jepun dengan kita yang sekarang pun tak bolih nak ikut tahun 1982 mereka. Bukan nak mengutuk tapi itu lah hakikatnya yang sebenar.

Sekembali nya aku ke Malaysia apabila sampai di Airport, pandangan mata ku agak berubah... bukan rabun, bukan sakit tapi ku lihat rakyat Malaysia ni gelap gelap belaka termasuk ibubapaku. Baru 8 bulan kat sana, maklum lah di sana pemandangan semuanya putih jer termasuklah orang orangnya. Terkejut juga, ingatklan kulit mereka menjadi gelap rupanya mata aku yang dah lari tune.

04July1984 aku mendaftarkan diri di PROTON dengan ID nombor 41, pada masa itu kilang dalam pembinaan, hanya terdapat beberapa kabin dan bangunan kecil tersedia. Kami di tempatkan di Power House, disitulah kami bertemu semula sebahagian dari cikgu Jepun kami. Mereka mengajar kami membuat drawer, locker dan vise table. Mereka bermula dari A kerana pada masa tersebut memang tiada apa yang di sediakan. Bulan demi bulan berlalu maka jadilah kilang PROTON, kami di ajar cara pemeriksaan sebelum machine dan equipment berjalan sepenuhnya. Mereka amat menitik beratkan hal hal keselamatan. Sebelum kerja bermula kami di minta berkumpul dan memberi penerangan sesuatu kerja beserta hal keselamatan.

tanggal ............... PROTON Saga yang pertama di lancarkan dengan bangganya, pada masa itu aku tugaskan sebagai pekerja biasa sahaja, entah bagaimana hanya dalam beberapa bulan aku di lantik menjadi team leader. Ini mungkin keistimewaan kecekapan teknikal yang di anugerahkan olih Allah menyebabkan cikgu jepun suka dan rekomen kan aku menjadi team leader. Ya memang betul aku memang bersyukur kerana kalau ikutkan qualification aku memang tak seberapa.

Kenderaan pertama yang aku beli untuk ulang alik kerja ialah Suzuki TRS115, itu lah motor aku mrempit selama 2 tahun, selepas itu tahun 1987 bertukar ke motor Yamaha RXK135, motor ini diantar yang terlaju diantara rakan rakan ku. Dan pada tahun 1990 bertukar kepada RD250LC dengan motor ini juga lah pada tahun 1990 pertama kali aku di saman kerana menunggang motor L naik berdua, dengan siapa lagi kalau bukan wife aku sekarang he he he....

Tahun 1991 aku bernikah dengan isteriku sekarang, tahun pertama kami tidak di kurniakan cahaya mata kerana kesihatan isteri. Tahun kedua (1993)aku di kurniakan cahaya mata perempuan yang pertama, diikuti 1995, 1997,1999 dan 2002. Sehingga kini aku mempunyai 5 cahaya mata yang sehat walafiat.. Syukur Alhamdulillah.

Ada orang bertanya kenapa masih bekerja dengan PROTON sedangkan gaji tidak seberapa ??
Memang logik pertanyaan mereka, tetapi bagi saya apa yang penting semangat juang kami yang terawal inilah yang membawa PROTON khususnya dan vendor serta supplier hidup sehingga sekarang secara tidak langsung menjana ekonomi Malaysia.

Bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan